CFD ialah instrumen yang rumit dan mempunyai risiko kerugian dengan cepat yang tinggi disebabkan oleh keumpilan. Sila ambil perhatian bahawa 69% daripada akaun pelabur runcit kami mengalami kerugian semasa berdagang CFD. Anda perlu mempertimbangkan jika anda memahami cara CFD berfungsi dan anda mampu mengambil risiko mengalami kerugian yang tinggi.

Tanggungjawab perdagangan

Memahami risiko yang terlibat

Dagangan Kontrak untuk Perbezaan (CFD) ialah produk derivatif kewangan berkeumpilan yang membolehkan para pedagang membuat spekulasi ke atas kenaikan atau kejatuhan harga pasaran kewangan global, seperti saham, indeks, komoditi tanpa memiliki produk yang mendasarinya.

Di LCG kami memberi penekanan utama kepada pendidikan, bagi membantu anda memahami risiko yang terlibat dan membuat keputusan perdagangan berdasarkan maklumat.

Jika anda masih baru kepada dagangan anda mempunyai pilihan untuk membuka akaun demo LCG bagi mempelajari asas-asas dan amalan perdagangan tanpa risiko.

Mengenai Leverage

CFD adalah produk berleverage, yang memberi anda pendedahan kepada pasaran dengan hanya mendepositkan peratusan nilai penuh dagangan yang anda ingin laksanakan.

Walau bagaimanapun, keumpilan berfungsi dengan kedua-dua cara. Ini bermakna bahawa walaupun anda boleh membuat keuntungan yang berpotensi jika pasaran berpihak kepada anda, tetapi anda juga terdedah pada risiko kerugian yang besar sekiranya pasaran bergerak bertentangan anda. Walau bagaimanapun, oleh kerana terdapat ‘Perlindungan Baki Negatif’ (‘NBP’), anda mungkin tidak akan mengalami kerugian lebih banyak daripada pelaburan awal anda.

Jika anda masih baru kepada produk dagangan berleverage anda mempunyai pilihan untuk membuka akaun demo percuma LCG bagi membiasakan diri anda dengan prospek dagangan berleverage.

Keberkesanan penggunaan pengurusan risiko

Pengurusan risiko yang betul adalah penting untuk dagangan. Tidak kira sama ada anda pedagang baru atau pedagang berpengalaman, kepentingan pengurusan risiko tidak boleh dipandang ringan. Berikut adalah beberapa faktor penting untuk dipertimbangkan apabila melibatkan risiko dan pengurusan wang: 

  • Hanya berdagang pada dana yang anda mampu leburkan.
  • Gunakan perintah ‘stop loss’. Pada platform LCG Trader perkara ini boleh dilakukan ketika perdagangan ditempatkan dan kami menawarkan pelbagai alat stop loss yang berbeza. Mempunyai perintah yang di tempatkan untuk mengurangkan kerugian secara automatik apabila pasaran tidak menentu adalah penting bagi membantu melindungi anda daripada mengalami kerugian besar.
  • Hanya niagakan peratusan kecil modal anda pada setiap dagangan. Ini bermakna tidak ada dagangan yang memberi kesan negatif maksima ke atas baki akaun anda.
  • Rancang bagaimana anda menutup dagangan semasa keuntungan. Pada platform LCG Trader anda boleh menetapkan perintah 'Take Profit' semasa anda menempatkan dagangan. Ini bermakna jika pasaran mencapai keuntungan yang anda sasarkan, ia akan diambil tidak kira sama ada anda log masuk atau log keluar.

Apabila berdagang CFD dengan LCG, anda mempunyai akses kepada pelbagai alat pengurusan risiko. Ini boleh membantu anda mengurus pendedahan risiko dan meminimumkan kerugian, sebelum anda menempatkan dagangan.